Saturday, May 23, 2009

Review Buku : E-Buku Karangan 2009

Adakah anda menghadapi masalah menulis karangan BM? Ada isinya tetapi tidak tahu bagaimana untuk membentangkan idea sendiri? Ha...Penyelamat anda sudah muncul!
Saya berasa bangga kerana dapat menulis sebuah artikel untuk mengenalkan buku yang bagus ini kepada semua pembaca blog saya. Bersedialah untuk membaca review saya untuk E-Buku Karangan 2009! Pengarang buku ini ialah Encik Azman Noor yang berasal dari Malaysia.

Buku ini merupakan koleksi karangan cemerlang yang ditulis oleh Cikgu Azman sebagai panduan / karangan contoh untuk pelajar-pelajar PMR.
Selepas membaca e-buku karangan ini, anda akan mendapati buku ini mengandungi:

1. Ayat-ayat yang gramatis
2. Isi yang lengkap
3. Penggunaan kosa kata yang luas
4. Penggunaan peribahasa yang sesuai
5. Tatabahasa yang betul
6. Frasa yang menarik

Ini merupakan contoh penutup yang dipetik daripada Karangan Buli (2007) Cikgu Azman

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia (6) dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara(4) . Oleh itu, semua pihak haruslah sehati sejiwa(4) dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri(6) ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara(3) dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia(3).

Petikan ini mempunyai ayat yang gramatis dan tatabahasa yang betul. Kita dapat lihat penggunaan kosa kata seperti "menjulang nama negara" dan " di persada dunia" yang lumrahnya digunakan untuk mencantikkan ayat dan menghasilkan penutup yang mengegarkan. Peribahasa 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara' mengingatkan ibu bapa serta masyarakat tentang pentingnya untuk mendidik anak-anak mereka dan golongan muda agar generasi baru ini dapat menerajui negara pada hari muka . Frasa yang menarik seperti "liku-liku yang penuh dengan onak duri" juga digunakan dengan sesuai di sini.

E-buku karangan 2009 ini memang sebuah buku yang bagus dan lengkap. Setiap pelajar patut memiliki satu sebagai panduan atau referensi. Selain itu, Cikgu Azman juga menjual buku-buku keperluan pelajar sekolah dengan harga yang murah, iaitu RM 10 untuk setiap satu.

1) E-Buku Karangan 2009
2) E-Buku Peribahasa 2009
3) E-Buku Perkataan Canggih Karangan 2009
4) E-Buku Perkataan Banyak Makna 2009
5) E-Buku Analisa Bab demi Bab Novel Bukit Kepong
6) E-Buku Fakta Isi Skop Tajuk Karangan 2009
7) E-Buku Analisa bab demi Bab Novel Konserto Terakhir (Bulan Jun)

Sesiapa yang berminat untuk membeli sila e-mel kepada Cikgu Azman di alamat berikut:
Jangan lupa mengunjungi blog Cikgu Azman yang didirikan khas untuk membantu pelajar dengan membekalkan karangan dan frasa-frasa menarik sebagai contoh.

~ Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azman kerana sudi memberi saya peluang untuk menulis review untuk E-buku karangan 2009. ~



No comments: